Koperasi SMK Tenom Berhad
Koperasi Pada Tahun 1988
Koperasi
SMK Tenom Bhd. ditubuhkan pada tahun 1988 dengan menggunakan separuh bilik di
tingkat bawah Blok B yang diubahsuai daripada Bilik SPBT. Pada ketika itu
terdapat ahli jawatankuasa sementara yang diketuai oleh tuan pengetua iaitu En.
Ng Soi Nguwng dengan dibantu oleh 4 orang guru dan 39 orang pelajar.
Oleh kerana koperasi pada ketika itu masih muda usianya, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti ketiadaan pengalaman dalam pengurusan perniagaan, kekurangan modal dan sumber bekalan serta bilik koperasi yang sempit. Jualan hanya terhad kepada alat tulis dan barang-barang keperluan asrama. Perniagaan pula dijalankan dalam 3 sesi iaitu waktu rehat, petang dan malam.
Sungguhpun masalah-masalah tersebut menjadi penghalang, namun berkat kesungguhan dan kesabaran ahli-ahli jawatankuasa ini, koperasi dapat berjalan dengan baik dan hidup terus hingga ke hari ini.
Tahun | Jumlah Ahli | Jumlah Pelaburan | Jumlah Jualan |
1988 | Tiada Rekod | Tiada Rekod | Tiada Rekod |
1989 | 169 | RM 1,457.00 | RM 19,186.75 |
1990 | 425 | RM 2,540.00 | RM 31,829.85 |
1991 | 800 | RM 3,594.00 | RM 43,645.50 |
1992 | 938 | 8,618.00 | RM 61,890.55 |
1993 | 1083 | RM 18,247.00 | RM 121,890.85 |
Jadual menunjukkan Jumlah Ahli, Pelaburan dan Jualan Dari 1988-1993
Koperasi Pada Tahun 1993
Lima
tahun kemudiannya, koperasi telah bertukar wajah dan ia kini merupakan satu
badan perniagaan yang berkembang dengan begitu pesat dan mampu menahan
persaingan daripada koperasi-koperasi sekolah yang lebih maju. Koperasi
kini masih dipengerusikan oleh tuan pengetua sendiri dengan dibantu oleh 11
orang guru dan 44 orang pelajar.
Kebanyakan masalah yang wujud sebelumnya telah dapat diatasi. Malahan semua aspek pengurusan dan pengendalian perniagaan telah dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan.
Berikut adalah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai:-
Kejayaan
yang amat dibanggai oleh semua ahli ialah kemampuan koperasi dinilai sebagai
salah sebuah koperasi terbaik di Sabah berdasarkan prestasi cemerlangnya pada
tahun 1992. Sebuah hadiah berupa mesin cash register telah dianugerahkan.
Pendek kata, semua kejayaan yang telah dicapai tidaklah datang bergolek begitu sahaja. Ia datang daripada kerjasama, usaha gigih dan sokongan padu daripada semua pihak baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga koperasi ini akan terus menempa kejayaan yang lebih cemerlang dan dapat lahir sebagai sebuah kopersasi sekolah yang terbaik di Sabah.
Ahli Lembaga Pengarah | |||
Guru | Pelajar | ||
Pengerusi | En. Ng Soi Nguwng | Pengerusi | Chiang Kar Vei |
Pen. Pengerusi | En. Chan Kear Keow | Pen. Pengerusi | Handry Agong |
Setiausaha | Cik Norhani Bebe/Cik Sylvia Lee | Setiausaha | Normala Mohd. |
Bendahari | Pn. Lian Fee Choo | Bendahari | Wong Chui Lee |
Pen. Bendahari | En. Muralitharan Nair | ||
Stokist | Pn. Hasnah Musa | Bah. Stokist | Johnny Madan |
Bah. Jualan | En. Cheong Kim Teck | Bah. Jualan | Yong Chee Heng |
Bah. Belian | En. How Teik Soon | Bah. Belian | Lim Siew Yin |
COPYRIGHT © 1998-2000 MINIVIRUS HOUSE™